Kerjasama Menjayakan Hari Bersama Komuniti Pusat
16 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Taee bekerjsama dengan Pusat Internet Tebakang, Serian dalam menjayakan Hari Bersama Komuniti. Program tersebut bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1.30 petang. Antara pengisian aktiviti adalah Ceramah Advokasi (Online Grooming dan Maklumat Palsu) yang diberikan oleh Pengurus Pusat Internet Kg Taee, Aktiviti Klik Dengan Bijak ‘Sampam Pecah’ Pelajar Tahun 6, Pertandingan Menganyam Ketupat, Saringan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Tebakang dan Perasmian majlis. Sehubungan itu, Pusat Internet Kg Taee mengambil peluang mempromosikan e-kelas kepada pelajar di Kampung Tebakang terutama pelajar tahun 6 yang baru habis menduduki peperiksaan UPSR. Sambutan yang agak menggalakkan seramai 112 orang pengunjung yang hadir bersama - sama memeriahkan program pada hari tersebut. Antara PI yang turut bekerjasama juga adalah PI Kpg Pichin dan PI Simunjan.
Tujuan Hari Bersama Komuniti di Pusat Internet Kampung Tebakang ini diadakan adalah untuk mendedahkan para penduduk tentang aktiviti PI Kampung Tebakang dalam memberi ilmu pengetahuan tentang penggunaan teknologi. Selain itu, memberi peluang kepada para penduduk yang belum berdaftar untuk mendaftar secara percuma khas sempena Hari bersama komuniti. Peluang mendaftar secara percuma dibuka pada hari tersebut. Tujuan yang lain adalah untuk membawa ibu-bapa supaya memberi dorongan dan sokongan kepada anak - anak mereka untuk sentiasa mencari pengetahuan di pusat internet.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi untuk hari terbuka ini adalah semua warga penduduk mengetahui kepentingan dan kelebihan yang akan diperolehi oleh kesemua lapis umur tentang peranan Pusat Internet pada komuniti. Selain itu, memberi peluang berdaftar secara percuma tanpa ada apa-apa bayaran dan boleh menggunkakan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet. Mengeratkan lagi hubungan komuniti antara penduduk dan staff pusat internet dan boleh bantu membantu antara satu sama yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: